CIDB Malaysia FM PRO Apprentice
Profesional FM Malaysia di Dubai
FMPro Apprentice CIDB 2026 Tarikh Tutup Permohonan 1 Mei 2026

Memperkasa kemahiran Pengurusan Fasiliti ke arah standard industri antarabangsa.

Program rintis CIDB berikutan permintaan tinggi terhadap tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi dalam kerja-kerja Pengurusan Fasiliti (Facility Management, FM). Program ini terbuka kepada individu (personel binaan) serta kontraktor G1–G4 yang terlibat atau ingin memperkukuh peranan dalam bidang FM.

5 peserta terbaik berpeluang menjalankan On-The-Job Training (OJT) di UAE.
15
Peserta Dilatih
5
Terbaik ke UAE
3
Bulan Latihan
2
Minggu OJT di UAE
Tarikh Tutup Permohonan
1 Mei 2026
--
Hari
--
Jam
--
Minit
Siapa Patut Sertai

Tiga jenis pengamal industri,
satu matlamat.

FM PRO Apprentice direka khas untuk anda yang ingin memperkukuh kompetensi kemahiran dalam bidang Pengurusan Fasiliti melalui latihan berstruktur dan pendedahan praktikal.

01

Personel Binaan

Industri Pembinaan · Penyelenggaraan
Cabaran
Mempunyai kemahiran asas teknikal sahaja.
Transformasi
Dapat meningkatkan kemahiran serta pendedahan kepada standard global dan pengalaman industri sebenar di UAE.
02

Kontraktor G1–G4

Keutamaan Program
Cabaran
Kontraktor yang ingin beralih daripada kerja berasaskan projek kepada pengurusan fasiliti.
Transformasi
Tingkatkan kapasiti kemahiran teknikal dengan latihan berstruktur yang dijadualkan hanya pada hujung minggu supaya tidak mengganggu kerja hakiki.
03

Syarikat FM

Pemilik · Pengurus Operasi
Cabaran
Syarikat ingin meningkatkan kapasiti syarikat untuk memenuhi permintaan industri FM yang semakin kompleks dan kompetitif.
Transformasi
Ahli pasukan mempunyai kemahiran mengikut amalan pengurusan fasiliti terkini dan pendedahan kepada amalan terbaik global.
Kenapa FM? Kenapa Sekarang?

Industri Pengurusan Fasiliti
sedang berkembang pesat.

Permintaan tenaga kerja FM berkemahiran semakin meningkat di Malaysia dan global seiring dengan pembangunan infrastruktur, bangunan moden, dan operasi industri yang semakin kompleks.

Industri Berkembang

Permintaan tenaga FM berkemahiran semakin meningkat seiring pembangunan moden.

Peluang Antarabangsa

Pasaran FM global membuka pintu kepada tenaga kerja Malaysia.

Kerjaya Stabil

Sektor penting yang memerlukan tenaga kerja konsisten — bukan sokongan, tetapi fungsi utama.

Kemahiran Kritikal

Daripada HVAC ke digitalisasi bangunan, kemahiran FM moden gabungan teknikal & teknologi.

Graduan dan profesional FM Malaysia
Butiran Program
FM PRO

Struktur Program.

Satu laluan untuk meningkatkan kemahiran Pengurusan Fasiliti ke tahap yang lebih tinggi dan relevan dengan keperluan industri.

FMPro Apprentice 2026

15 Peserta Dilatih,
5 yang terbaik ke UAE.

Program ini merangkumi struktur latihan serta mentor dan penyelia teknikal bagi memastikan peserta memperoleh bimbingan sistematik dan pendedahan kerja persekitaran FM sebenar.

5 daripada 15 peserta akan berpeluang menjalani On-The-Job Training (OJT) di UAE berdasarkan penilaian mentor sepanjang program.

Malaysia
Fasa 01
15

Menjalani latihan di Malaysia

3 bulan latihan bersemuka di sekitar Lembah Klang. Dijadualkan hujung minggu sahaja.

Kursus dijadualkan hujung minggu — disesuaikan untuk kontraktor dan profesional yang bekerja.

UAE
 
5

OJT di UAE

2 minggu penempatan latihan sambil berkerja di UAE untuk 5 peserta terpilih. Peserta akan mendapat pendedahan operasi FM bertaraf global di persekitaran kerja sebenar.

Penempatan UAE ditanggung sepenuhnya oleh CIDB — termasuk penerbangan, penginapan, dan elaun makan untuk 5 peserta terpilih.

Kelebihan Program

Apa yang anda
akan peroleh.

Enam faedah utama yang akan meningkatkan nilai profesional anda dalam industri Pengurusan Fasiliti, dari latihan praktikal sehingga pasaran kerja antarabangsa.

Latihan Praktikal FM

Kursus intensif dalam skop kerja Pengurusan Fasiliti sebenar dan bukan sekadar teori bilik kuliah.

Pengalaman Industri Sebenar

Pendedahan kepada operasi fasiliti dalam persekitaran kerja sebenar bersama kontraktor FM berpengalaman.

Bimbingan Mentor Profesional

Sistem mentor dan penyelia teknikal yang berpengalaman dalam bidang FM tempatan dan antarabangsa.

Pendedahan Standard Global

Berpeluang menjadi antara 5 yang terbaik untuk lihat sendiri bagaimana operasi FM bertaraf dunia.

Peluang Meningkatkan Kerjaya

Mempunyai skil teknikal yang diperlukan dalam industri FM kini yang berkembang pesat dengan permintaan tenaga mahir yang tinggi.

Sijil Kursus Berperingkat

Setiap modul kursus yang dihadiri sepanjang program akan disertakan dengan sijil penyertaan.

Syarat Penyertaan

Adakah anda
layak?

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan Program FM PRO Apprentice.

  • Warganegara MalaysiaTerbuka kepada warganegara Malaysia
  • Berumur 18–40 TahunUmur semasa tarikh permohonan
  • Kontraktor G1–G4Lesen aktif, tidak muflis & tidak dalam senarai hitam
  • Kelayakan AkademikDiploma dan ke atas dalam bidang berkaitan
  • Bidang Pengurusan FasilitiIndividu atau syarikat dalam bidang FM adalah digalakkan
  • Personel Industri PembinaanMempunyai kemahiran asas teknikal
Perjalanan Program

Menjadi
profesional FM.

Empat fasa berstruktur yang membentuk transformasi peserta sepanjang program yang bermula dari pendaftaran sehingga penempatan industri di Dubai.

01
Fasa 01
Hingga 1 Mei 2026

Pendaftaran & Saringan

Pendaftaran dibuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi syarat. Saringan kelayakan awal berdasarkan dokumen dan profil pemohon.

02
Fasa 02
Mei 2026

Pemilihan Peserta

15 peserta akan dipilih daripada senarai pemohon.

Latihan praktikal FM Malaysia
Fasa 03
Mei — Julai 2026

Latihan 3 Bulan

Latihan bersemuka di sekitar Lembah Klang, dijadualkan hujung minggu. Merangkumi kursus teknikal FM dan bimbingan mentor profesional.

04
Fasa 04
Ogos 2026

Penempatan OJT UAE

5 peserta terbaik terpilih berdasarkan penilaian mentor akan menyertai penempatan 2 minggu di UAE yang ditanggung sepenuhnya oleh CIDB.

Soalan Lazim

Ada soalan?

Jawapan kepada soalan-soalan paling kerap ditanya tentang Program FM PRO Apprentice.

Mengenai Program
Program ini adalah inisiatif pertama oleh CIDB Malaysia untuk melahirkan kontraktor mahir dalam bidang Pengurusan Fasiliti, melalui latihan teknikal, sistem mentor, dan pendedahan kepada industri FM sebenar di Malaysia dan UAE.
Program ini berlangsung selama 3 bulan di Malaysia, diikuti dengan penempatan industri 2 minggu di UAE untuk 5 peserta terpilih. Latihan di Malaysia dijalankan secara bersemuka di sekitar Lembah Klang.
Ya. Kursus akan diatur pada hujung minggu dengan mengambil kira waktu kontraktor yang mempunyai kerja hakiki. Ini memastikan peserta tidak perlu mengabaikan tugas utama mereka sepanjang tempoh latihan.
Kelayakan & Pendaftaran
Warganegara Malaysia berumur 18–40 tahun, kontraktor G1–G4 (lesen aktif, tidak muflis, tidak dalam senarai hitam), individu atau syarikat dalam bidang Pengurusan Fasiliti, personel industri pembinaan dan penyelenggaraan, dengan kelayakan minimum Diploma.
Klik butang "Mohon Sekarang" di mana-mana bahagian laman ini, atau terus ke pautan pendaftaran: forms.gle/rJ1zd6HsDwa1JRi39
Tarikh tutup pendaftaran adalah 1 Mei 2026. Saringan peserta dan pemilihan akan dibuat selepas tarikh tutup permohonan.
Maklumat berkenaan yuran komitmen akan dimaklumkan kepada peserta yang terpilih semasa proses pemilihan.
Bahasa Melayu adalah bahasa utama penyampaian kursus. Walau bagaimanapun, sebahagian modul disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Sertai program
perintis ini.

Inisiatif perintis CIDB Malaysia ini hanya menerima 15 peserta sahaja. Permohonan ditutup pada 1 Mei 2026 — jangan lepaskan peluang ini.

Permohonan ditutup 1 Mei 2026

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.