Polisi Pemberi Maklumat

CIDB IBS komited kepada nilai-nilai ketelusan, integriti, kesaksamaan dan kebertanggungjawaban dalam mengendalikan urusan rasminya. Kesalahan seperti penyelewengan, penipuan, rasuah, kesalahan kewangan yang serius dan kesilapan pengurusan yang melampau perlu dilaporkan mengikut mekanisma dalaman.
 
Polisi Whistleblower mampu bertindak sebagai sebuah sistem pemberitahuan maklumat yang dapat menyumbang kepada sebuah organisasi yang lebih efektif dan efisien.
 
Berikut adalah penerangan ringkas tentang Polisi Pemberi Maklumat CIDB IBS Sdn Bhd:

Pengenalan

Whistleblower merupakan satu kaedah di mana pendedahan dibuat oleh seseorang mengenai apa-apa pelanggaran atau kesalahan di bawah Terma & Syarat Perkhidmatan CIDB IBS Sdn Bhd atau mana-mana peruntukan undang-undang yang berkaitan oleh warga CIDB IBS.

Apa yang boleh didedahkan?

  • Rasuah atau penipuan
  • Salah guna wang atau harta CIDB IBS
  • Salahguna kuasa dalam CIDB IBS
  • Satu kelakuan yang menimbulkan bahaya yang besar dan spesifik kepada kehidupan, kesihatan atau keselamatan warga CIDB IBS atau orang awam atau keadaan persekitaran
  • Kegagalan untuk mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah mana-mana akta dan peraturan yang berkuatkuasa; atau
  • Dengan sengaja mengarah atau menasihati seseorang untuk melakukan kesemua / mana-mana kesalahan di atas.

Perlindungan kepada Pemberi Maklumat

  • Pemberi Maklumat akan dilindungi dari tindak balas dalaman CIDB IBS
  • Identiti dan maklumat Pemberi Maklumat akan dilindungi dan diklasifikasikan sebagai ‘Rahsia’
  • Identiti dan maklumat peribadi Pemberi Maklumat dan pesalah tersebut hanya akan didedahkan kepada mereka yang terlibat di dalam penyiasatan sahaja atau mana-mana proses mengikut keperluan pada dasar ‘perlu tahu’ sahaja

Prosedur membuat pendedahan

Pendedahan boleh dibuat melalui panggilan telefon:

No. telefon:  +603 9224 2280 / 2920

Aduan atau laporan secara bertulis boleh dibuat kepada e-mel dan/atau alamat di bawah:

E-mel:  aduan@cidbibs.com.my

atau

Maklumkan kepada: 

Unit Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan, Tadbir Urus & Pematuhan,

Lot 8, Jalan Chan Sow Lin,
55200, Kuala Lumpur, Malaysia.

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.