Latihan Pengurusan IBS
Tempat: Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis
Tarikh: 15 – 16 Julai 2025
CIDB IBS meneruskan pelaksanaan Program Pemerkasaan IBS menerusi Kursus Latihan Pengurusan IBS di Utara Semananjung Malaysia iaitu Negeri Perlis.
Program selama dua hari ini berlangsung di Hotel Seri Malaysia, dari 15 hingga 16 Julai 2025, menghimpunkan peserta industri yang komited untuk memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan sistem IBS bagi projek-projek pembinaan di Utara Semananjung.
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua peserta atas penyertaan dan semangat luar biasa sepanjang program ini. Kami berharap lebih banyak projek di Perlis, Kedah & Pulai Pinang akan mula mengadaptasi sistem IBS demi industri pembinaan yang lebih cekap, mampan, dan berinovasi.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program latihan ini, jangan khuatir kerana anda masih berpeluang menyertai program ini di lokasi yang lain. Hubungi kami:
WhatsApp: https://wa.me/60126909417
Emel: training@cidbibs.com.my
Website: https://latihanibs.com/





