Ujian QLASSIC dijalankan secara praktikal, iaitu dengan membuat penilaian di tapak bertempat di Rumah Contoh IBS, CIDB IBS.

Buat masa ini, ujian QLASSIC hanya dijalankan di Rumah Contoh IBS bertempat di CIDB IBS, Jalan Chan Sow Lin kerana hanya CIDB IBS menjadi Pusat Ujian Penilaian (PUP) tunggal bagi ujian QLASSIC.

Para peserta ujian tidak perlu membawa apa-apa peralatan. Semua peralatan ujian telah disediakan oleh pihak CIDB IBS.

Ujian QLASSIC hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Peserta ujian disarankan untuk hadir 15 minit sebelum ujian dijalankan bagi sesi taklimat ujian.

Bayaran untuk menduduki ujian QLASSIC adalah sebanyak RM100.

Keputusan ujian akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari bekerja dan akan diberitahu melalui emel peserta sama ada lulus/gagal.

Sekiranya peserta telah lulus ujian penilaian QLASSIC Tahap 3, peserta akan menerima sijil kehadiran ujian melalui emel dan sekiranya perlu, peserta boleh mengambil salinan sijil (hardcopy) di pejabat CIDB IBS SDN BHD.

Peserta akan dimaklumkan melalui emel. Bagi peserta yang gagal ujian penilaian QLASSIC Tahap 3 dan berminat untuk mengambil ujian pengulangan, peserta boleh mendaftar semula pada laman tempahan yang sama (https://cidbqlassic.com). Peserta ulangan juga masih perlu membayar yuran ujian sebanyak RM100.

Peserta ujian yang lulus ujian QLASSIC Tahap 3 boleh menjadi penilai persendirian atau penilai kepada pihak syarikat.

Bagi menjadi penilai QLASSIC yang bertauliah oleh CIDB, pihak CIDB akan memilih penilai yang layak berdasarkan kepada keputusan ujian penilaian QLASSIC Tahap 3. Penilai yang layak akan dihubungi untuk urusan temuduga bergantung kepada keperluan semasa CIDB negeri. CIDB negeri yang kekurangan kuota penilai assessor adalah diutamakan.

Pihak CIDB IBS hanya Pusat Ujian Penilaian (PUP) QLASSIC Tahap 3 sahaja. Kursus bagi pegawai penilai QLASSIC Tahap 1 & 2 boleh didapati secara percuma melalui pembelajaran atas talian yang boleh dilanggan menggunakan sistem CIMS CIDB. Kursus secara fizikal bagi pegawai penilai QLASSIC Tahap 1 & 2 juga ada dijalankan oleh Pusat Latihan Bertauliah (PLB) yang berdaftar dengan CIDB.

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.