Soalan Lazim

Permohonan Pengesahan Markah IBS & Permohonan Pengecualian Levi

Permohonan pengesahan markah IBS boleh dilakukan oleh pemilik projek atau perunding atau kontaktor.

Pengesahan markah IBS daripada pihak CIDB bagi sesuatu projek pembinaan bangunan adalah tidak wajib namun akan menjadi nilai tambah kepada projek tersebut. Minima markah IBS sebanyak 70 skor adalah diwajibkan bagi projek kerajaan yang bernilai RM10 juta dan ke atas manakala minimum 50 skor IBS bagi projek swasta yang bernilai RM50 juta dan ke atas.

*takrifan nilai projek “RM50 juta dan ke atas” merujuk kepada jumlah Keluasan Lantai Kasar (GFA) 50,000 m2dan ke atas.

Mana-mana projek pembinaan bangunan (kerajaan dan swasta) wajar mendapatkan pengesahan markah IBS selaras dengan polisi semasa kerajaan.

Antara kriteria untuk kelulusan permohonan pengecualian levi adalah mencapai markah minima IBS berdasarkan polisi semasa, dan hanya terhad kepada projek pembinaan rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana.

Bagi setiap permohonan pengecualian levi, pengesahan markah IBS akan dilaksanakan serentak. 

Permohonan untuk pengesahan markah IBS boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana pengesahan markah hanya dilakukan berdasarkan maklumat pada dokumen lengkap yang dihantar. Bagi permohonan pengecualian levi, permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya sebelum projek mencapai 40% kemajuan struktur bagi membolehkan lawatan dilaksakan mengikut kepada garis panduan.

  1. Surat rasmi daripada pemohon
  2. Borang Skor IBS (2018) yang lengkap & disahkan oleh orang yang berkelayakan
  3. Lukisan Pelan Projek
  4. Lukisan Struktur (termasuk jadual rasuk dan tiang)
  5. Lukisan Arkitek (termasuk jadual pintu dan tingkap)
  6. Lukisan Keratan
  7. Pelan Bumbung

 

Sila hantarkan semua dokumen yang diperlukan dalam format pdf melalui emel kepada pegawai kami, En. Zaid (zaid@cidbibs.com.my).

Bagi permohonan pengesahan IBS, semakan markah hanya dilakukan berdasarkan semua dokumen yang dihantar. Bagi permohonan pengecualian levi, semakan dokumen akan disusuli dengan lawatan tapak ketika kemajuan struktur projek mencapai 40% dan 80% bagi semakan penggunaan kaedah IBS sepertimana yang diisytihar.

Projek perlu dilevi dahulu dan kontraktor perlu membayar keseluruhan levi yang dikenakan dalam tempoh liabiliti. Sekiranya permohonan pengecualian levi diluluskan (selepas projek siap) maka pemulangan levi dilakukan.

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.