Kursus Latihan Pengurusan IBS di Sabah

Latihan Pengurusan IBS

Tempat: The Palace Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh: 14-15 Mei 2025

CIDB IBS telah melaksanakan Program Pemerkasaan IBS menerusi Kursus Latihan Pengurusan IBS di Negeri di Bawah Bayu, Sabah.

Program selama dua hari ini berlangsung di The Palace Hotel, Kota Kinabalu, dari 14 hingga 15 Mei 2025, menghimpunkan peserta industri yang komited untuk memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan sistem IBS bagi projek-projek pembinaan di Sabah.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua peserta atas penyertaan dan semangat luar biasa sepanjang program ini. Kami berharap lebih banyak projek di Sabah akan mula mengadaptasi sistem IBS demi industri pembinaan yang lebih cekap, mampan, dan berinovasi.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program latihan ini, jangan khuatir kerana anda masih berpeluang menyertai program ini di lokasi yang lain. Hubungi kami:

WhatsApp: https://wa.me/60126909417

Emel: training@cidbibs.com.my

Website: https://latihanibs.com/

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.