Polisi Anti-Rasuah CIDB IBS
Pihak CIDB IBS komited untuk mempraktikkan tadbir urus terbaik melalui pengurusan risiko rasuah secara terancang demi memberikan perkhidmatan yang cekap dan berintegriti.
- Sentiasa bersedia untuk mencegah, mengawal dan mengesan sebarang risiko rasuah dan berusaha sedaya upaya untuk mencegah sebarang perlakuan rasuah
- Mematuhi peraturan, pekeliling, dasar yang digariskan Kod Etika dalam memerangi rasuah
- Mempromosikan infrastruktur anti-rasuah melalui promosi dan arahan dalam semua urusan perniagaan dan urus niaga kepada semua pihak yang berkepentingan untuk menjaga kepentingan mereka
- Mempraktikkan pentadbiran yang baik dan mengekalkan integriti dalam apa sahaja urusan yang berlaku dengan penuh komitmen
- Memantau prestasi Sistem Pengurusan Anti Rasuah dengan menetapkan, mengkaji dan mencapai objektif anti rasuah yang ditetapkan
- Menggalakkan ketelusan dengan melaporkan sebarang aktiviti rasuah yang mencurigakan tanpa rasa takut akan pembalasan. Semua pemberi maklumat akan dilindungi Akta Perlindungan, seperti yang digaris dalam undang-undang
HUBUNGI KAMI
03 – 9281 5910
Fatimah binti Shahari: fatimah@cidbibs.com.my
Reziekahadinata bin Masnim: rezie@cidbibs.com.my