Soalan Lazim

Permohonan Pengesahan Markah IBS & Permohonan Pengecualian Levi

Permohonan pengesahan markah IBS boleh dilakukan oleh pemilik projek atau perunding atau kontaktor.

Pengesahan markah IBS daripada pihak CIDB bagi sesuatu projek pembinaan bangunan adalah tidak wajib namun akan menjadi nilai tambah kepada projek tersebut. 

Namun, ia adalah wajib bagi projek untuk mendapat Skor IBS minimum 70 yang memenuhi kriteria berikut :

  • Projek Kerajaan: Projek bernilai RM10 juta ke atas 
  • Projek Swasta:
    • Kos pembangunan projek bernilai RM50 juta atau lebih, DAN
    • Keluasan Lantai Kasar (GFA) adalah 50,000 meter persegi atau lebih.

Mana-mana projek pembinaan bangunan, sama ada kerajaan atau swasta, digalakkan untuk mendapatkan pengesahan Skor IBS selaras dengan dasar semasa.

Projek swasta yang memenuhi kriteria wajib, mesti mendapatkan pengesahan Skor IBS melalui Sistem Pematuhan Skor IBS (ISCS) sebelum meneruskan Kelulusan Pelan Bangunan (PB) melalui OSC 3.0 Plus Online. Rujuk laman web ISCS untuk maklumat lanjut: https://iscs.cidb.gov.my.

Pengecualian levi hanya layak untuk projek pembinaan perumahan dengan Skor IBS minimum 50 mata. Kebiasaannya, permohonan pengecualian levi dihantar oleh kontraktor utama projek tersebut.

Bagi setiap permohonan pengecualian levi, pengesahan Skor IBS akan dilakukan secara serentak.

  • Pengesahan Skor IBS: Permohonan (melalui emel ibsscore@cidbibs.com.my)  boleh dibuat pada bila-bila masa kerana semakan skor hanya dilakukan berdasarkan dokumen yang lengkap dihantar.
  • Pengecualian Levi: Permohonan mesti dihantar sebelum projek mencapai 40% kemajuan struktur untuk memastikan lawatan tapak boleh dilaksanakan.
  1. Surat rasmi daripada pemohon
  2. Borang Skor IBS (2023) yang lengkap & disahkan oleh orang yang berkelayakan
  3. Lukisan Pelan Projek
  4. Lukisan Struktur (termasuk jadual rasuk dan tiang)
  5. Lukisan Arkitek (termasuk jadual pintu dan tingkap)
  6. Lukisan Keratan
  7. Pelan Bumbung

Sila hantarkan semua dokumen yang diperlukan dalam format pdf melalui emel kepada ibsscore@cidbibs.com.my.

  • Pengesahan Skor IBS: Semakan skor hanya dilakukan berdasarkan dokumen yang dihantar.
  • Pengecualian Levi: Semakan dokumen diikuti dengan lawatan tapak apabila kemajuan struktur projek mencapai 40% & 80% kemajuan untuk mengesahkan kaedah IBS yang digunakan.

Projek perlu dilevi dahulu dan kontraktor perlu membayar keseluruhan levi yang dikenakan dalam tempoh liabiliti. Sekiranya permohonan pengecualian levi diluluskan (selepas projek siap) maka pemulangan levi dilakukan.

  • Pengecualian Levi:
    • Fokus kepada insentif kewangan.
    • Diuruskan oleh CIDB melalui permohonan emel.
    • Memerlukan Skor IBS minimum 50 dan hanya untuk projek perumahan.
  • Keperluan OSC 3.0 Plus:
    • Fokus kepada pematuhan regulatori.
    • Diuruskan oleh CIDB dan PBT melalui ISCS dan OSC 3.0 Plus.
    • Memerlukan Skor IBS minimum 70 untuk projek swasta yang memenuhi syarat saiz dan kos.

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.