Ujian QLASSIC dijalankan secara praktikal, iaitu dengan membuat penilaian di tapak bertempat di Rumah Contoh IBS, CIDB IBS.
Buat masa ini, ujian QLASSIC hanya dijalankan di Rumah Contoh IBS bertempat di CIDB IBS, Jalan Chan Sow Lin kerana hanya CIDB IBS menjadi Pusat Ujian Penilaian (PUP) tunggal bagi ujian QLASSIC.
Sebelum mendaftar untuk mengikuti Ujian QLASSIC, pastikan anda telah menerima sijil setelah menamatkan Kursus QLASSIC (Tahap 1 & 2) melalui latihan fizikal. Bermula Oktober 2023, sijil kursus QLASSIC (Tahap 1&2) secara atas talian tidak lagi diterima dan hanya peserta yang mengikuti Kursus QLASSIC secara latihan/kelas fizikal sahaja layak menghadiri ujian.
Para peserta ujian tidak perlu membawa apa-apa peralatan. Semua peralatan ujian telah disediakan oleh pihak CIDB IBS.
Ujian QLASSIC hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Peserta ujian disarankan untuk hadir 15 minit sebelum ujian dijalankan bagi sesi taklimat ujian.
Bayaran untuk menduduki ujian QLASSIC adalah sebanyak RM150.
Keputusan ujian akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari bekerja dan akan diberitahu melalui emel peserta sama ada lulus/gagal.
Semua peserta akan menerima sijil kehadiran Ujian QLASSIC (Tahap 1 – 3) melalui emel atau peserta boleh semak di https://www.blinkcidbh.com.my/ selepas dua minggu bekerja. Tiada salinan fizikal sijil akan diberikan.
Peserta akan dimaklumkan melalui emel. Bagi peserta yang gagal ujian penilaian QLASSIC Tahap 3 dan berminat untuk mengambil ujian pengulangan, peserta boleh mendaftar semula pada laman tempahan yang sama (https://cidbqlassic.com). Peserta ulangan juga masih perlu membayar yuran ujian sebanyak RM150.
Peserta ujian yang lulus ujian QLASSIC Tahap 3 boleh menjadi penilai persendirian atau penilai kepada pihak syarikat.
Bagi menjadi penilai QLASSIC yang bertauliah oleh CIDB, pihak CIDB akan memilih penilai yang layak berdasarkan kepada keputusan ujian penilaian QLASSIC Tahap 3. Penilai yang layak akan dihubungi untuk urusan temuduga bergantung kepada keperluan semasa CIDB negeri. CIDB negeri yang kekurangan kuota penilai assessor adalah diutamakan.
CIDB IBS adalah Pusat Ujian Penilaian untuk Ujian QLASSIC Tahap 3 sahaja. Sebelum layak menghadiri Ujian QLASSIC ini, pastikan anda telah menamatkan Kursus QLASSIC (Tahap 1 & 2) melalui latihan fizikal. Terdapat banyak Pusat Latihan Bertauliah yang berdaftar dengan CIDB yang mengadakan kelas fizikal untuk kursus QLASSIC Tahap 1 & 2. Salah satunya anda boleh mendaftar dengan CIDB Holdings melalui sistem BLINK di https://training.cidbholdings.com.my.