CIDB membuka ruang kepada kontraktor, personel industri binaan dan individu berpengalaman industri untuk mencipta inovasi bagi menyelesaikan masalah sebenar di tapak bina. Penyertaan adalah PERCUMA.
Anda di peringkat mana sekarang?
“Saya sudah biasa buat kerja cara lama — tapi mahu mula automasikan tapak saya.”
SFERA bantu ubah cara kerja jadi lebih moden berteknologi & efisien.
“Saya ada idea yang boleh jimatkan masa dan kos di tapak — tapi saya tak tahu macam mana nak jadikan sistem.”
SFERA bantu bangunkan idea, bina mock up, dan siapkan anda dengan pitch deck profesional.
“Saya minat digital tech — tapi saya tak tahu macam mana nak bawa masuk idea ke dalam projek pembinaan.”
SFERA bawa anda dari idea digital ke tapak sebenar bersama mentor industri pembinaan.
Cepat Sebelum Terlambat!
Permohonan masih dibuka dan akan ditutup bila-bila masa sahaja.
6 Modul Utama Untuk Menstrukturkan Idea Inovasi Anda Secara Sistematik
CEO, Idealfact Sdn Bhd
Strategic Comms, Tubmages
Strategic Director, Emartech Resources Sdn Bhd
CEO, ZYQ Homes Sdn Bhd
SFERA adalah program tajaan CIDB yang menyediakan hub untuk membimbing individu melahirkan inovasi berteknologi untuk industri pembinaan.
Program ini PERCUMA dan ditaja sepenuhnya oleh CIDB. Semua keperluan peserta ditanggung.
Program ini berjalan selama 9 hari dalam tempoh 4 minggu secara fizikal dan intensif. Latihan hanya dibuat pada hujung minggu sahaja, kecuali pada hari pertama pendaftaran akan dilakukan pada hari Jumaat.
Idea yang dapat menggantikan kaedah kerja manual dan konvensional di tapak binaan serta meningkatkan kecekapan kepada projek dan kontraktor.
Tiada dokumen diperlukan. Hanya isi borang penyertaan dan nyatakan idea ringkas anda.
SFERA menggunakan teknik pitching berasaskan pitch deck secara fizikal di hadapan panel penilai yang berkaliber. Di pembentangan akhir, peserta akan melakukan pitching bersama mock up inovasi di hadapan pelabur dan agensi pembiaya untuk mendapatkan kemudahan kewangan.
Peserta akan dibimbing secara menyeluruh dari idea mentah hingga memeta ke tahap komersil. Peserta juga akan mempelajari teknik pitching dan akses kepada peluang pelaburan serta pembiayaan dari agensi lain.
Ya, CIDB akan mengeluarkan sijil penyertaan dan Mata CCD selepas program tamat.
Jumpa anda di SFERA