JAKARTA INDONESIA, 11 September 2024 – CIDB Malayasia mengetuai delegasi 12 penggiat industri pembinaan Malaysia mempamerkan kapasiti dan keupayaan serta meningkatkan hubungan rangkaian perniagaan dengan pemain antarabangsa khususnya di Indonesia.
Syarikat berkaitan pembinaan ini mengambil bahagian sebagai peserta pameran di Pavilion CIDB di Construction Indonesia 2024 (CI2024), yang diadakan di Ekspo Antarabangsa Jakarta (JIexpo) dari 11 hingga 14 September. Timbalan Ketua Eksekutif II CIDB, Puan Zainora Zainal mengetuai delegasi CIDB ini.
Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Ts. Zuraihi Abdul Ghani bersama dengan Zaid Mukhtar dan Asraf Juwahir mewakili CIDB IBS.



