Majlis Sambutan Hari Inovasi KKR dan Agensi Tahun 2022

CIDB Malaysia dan CIDB IBS telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Inovasi KKR dan Agensi Tahun 2022 bertempat di CREATE JKR, Melaka bagi meraikan pencapaian inovasi di dalam industri pembinaan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Hj Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri bin Embong dan YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan KSU KKR serta YBhg. Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Work Department ) dan YBhg. Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Bin Hassan, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Tahniah kepada semua pemenang!

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.