Kursus Latihan Pengurusan IBS di Kuala Terengganu
Lokasi : RAIA Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh : 21 – 22 April 2026
CIDB IBS telah meneruskan Program Pemerkasaan IBS melalui Kursus Latihan Pengurusan IBS yang dijalankan di Kuala Terengganu. Kursus ini berlangsung selama dua hari bermula 21 hingga 22 April 2026 bertempat di RAIA Hotel, Kuala Terengganu, menghimpunkan peserta dari kalangan kontraktor, perunding dan pemain industri pembinaan yang ingin memperkukuh kefahaman dalam pengurusan serta pelaksanaan sistem IBS di dalam projek pembinaan.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang program ini berlangsung. Semoga lebih banyak projek pembinaan di Terengganu akan mula mengadaptasi sistem IBS sebagai langkah ke arah industri pembinaan yang lebih moden, berkualiti dan mampan.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program latihan ini, jangan khuatir, anda masih berpeluang menyertai program ini di lokasi yang lain. Sila hubungi pihak kami melalui pautan WhatsApp atau emel di bawah:
📲 WhatsApp: 60126909417
📧 E-mel: training@cidbibs.com.my
🌐 Website: latihanibs.com














