LAWATAN KERJA DELEGASI MOSTI KE CIDB

YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja ke CIDB yang merupakan salah sebuah agensi kerajaan Malaysia ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia bagi menjalankan fungsi-fungsi berkaitan dengan industri pembinaan.

Dalam sesi lawatan tersebut, satu sesi taklimat yang diketuai oleh Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid telah dijalankan bagi memberikan penerangan yang lebih terperinci berkenaan fungsi dan peranan CIDB Malaysia serta anak-anak syarikat yang terlibat dalam teknologi percetakan pembinaan tiga dimensi (3D) di Malaysia.

Sehubungan itu, pihak CIDB Malaysia berharap akan dapat mencetus pendekatan dalam penggunaan teknologi yang lebih memberangsangkan dan menggalakkan rakan penggiat industri yang lain untuk mengguna pakai sistem IBS dan percetakan tiga dimensi (3D) termasuk pembinaan autonomi ke dalam projek-projek pembinaan mereka.

Turut sama dalam lawatan ini ialah YBrs. Sr. Mohd Zaid Zakaria, Timbalan Ketua Eksekutif 2, @CIDB Malaysia, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YBrs. Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif (Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation – Mranti) , YBhg. Dato’ Ts. Dr. Gerald Sundaraj, Ketua Pegawai Eksekutif (@Consruction Research Institute of Malaysia – Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), YBrs. Ts. Rofizlan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif (CIDB eConstruct Services)

May be an image of 14 people and people standing
May be an image of 7 people and people standing

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.