LAWATAN KERJA PENGURUSAN ASET AIR BERHAD KE GALERI KOMPONEN IBS

CIDB IBS menerima lawatan teknikal daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) ke Galeri Komponen IBS. Objektif lawatan ini adalah untuk meneroka kemungkinan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam Industri Pembinaan Infrastruktur/Utiliti Air. Turut bersama dalam sesi perbincangan dan lawatan ini adalah wakil daripada Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)

.

.

Terima kasih atas masa anda dan semoga perbincangan ini membawa maklumat yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak.

.

.

PAAB merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air di negara ini untuk mencapai kecekapan dan kualiti yang lebih baik, serta memastikan kemampanan industri.

.

.

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.