LAWATAN KOLABORASI UTHM KE GALERI KOMPONEN IBS

Satu lawatan kerja daripada wakil delegasi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia diterima oleh CIDB IBS. Lawatan ini bertujuan mengetahui perkembangan teknologi terkini bidang pembinaan yang terdapat di Galeri Komponen IBS di samping membincangkan ruang kerjasama antara kedua pihak bagi membantu pembangunan industri pembinaan khususnya dalam bidang IBS.

.

.

Dalam sesi lawatan ini juga pihak CIDB IBS telah menjalankan sesi taklimat mengenai perlaksanaan Sistem IBS dalam pembinaan perumahan mampu milik serta lawatan tapak rumah contoh yang sedang dijalankan berdekatan Galeri Komponen IBS.

.

.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ialah sebuah universiti awam di Batu Pahat, Johor, Malaysia. Ia sebelum ini dikenali sebagai Institut Teknologi Tun Hussein Onn dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Bersama-sama dengan kolej universiti awam yang lain, KUiTTHO telah dinaik taraf ke status universiti penuh sejak tahun 2007. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berhasrat untuk menerajui program akademik berorientasikan pasaran yang berfokuskan pelajar melalui pembelajaran melalui pengalaman.

.

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.