LAWATAN SAMBIL BELAJAR INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PEDAS KE GALERI KOMPONEN IBS

Galeri Komponen IBS menerima lawatan sambil belajar oleh pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Pedas.


Lawatan ini disertai oleh pelajar-pelajar kursus Teknologi Cadd Senibina yang bertujuan memberi pendedahan lebih terperinci tentang Industrialised building System (IBS) dan juga perlaksanaan Sistem IBS dalam pembinaan perumahan mampu milik serta lawatan tapak rumah contoh yang sedang dijalankan berdekatan Galeri Komponen IBS. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan dan informasi yang bermanfaat.


Bagi mereka yang berminat untuk mengadakan lawatan ke Galeri Komponen IBS ataupun untuk mengetahui informasi lebih lanjut mengenai IBS, sila hubungi kami:
– info@cidbibs.com.my
– +603-9224 2280 / 2920
– wa.me/60126909417

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.