MOU CIDB DENGAN BADAN PROFESIONAL UK BANTU MENINGKATKAN PROFESIONALISME PERSONEL PEMBINAAN DI MALAYSIA

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Chartered Institute of Building (CIOB), di Manufacturing Technology Centre, Anstry Park, United Kingdom. MoU tersebut merupakan sebahagian daripada usaha CIDB bagi mempertingkatkan amalan pengurusan projek dan pengurusan pembinaan di Malaysia.

Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB, menandatangani MoU ini bagi pihak CIDB, manakala Caroline Gumble, Ketua Pegawai Eksekutif CIOB, menandatangani bagi pihak CIOB. Hadir pada majis tersebut ialah YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ir. Yusuf Abd. Wahab, Pengerusi CIDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Amy Gough, Pengarah Keahlian CIOB, yang juga menjadi saksi penandatanganan tersebut.

Mulai bulan depan Chartered Institute of Building (CIOB) akan diketuai oleh Datuk Seri Dr. Michael Yam, yang bakal menjadi Presiden CIOB. Beliau bakal menjadi warga Malaysia pertama dilantik Presiden CIOB. Beliau juga menjadi Presiden yang kedua yang bukan warga UK sejak CIOB ditubuhkan tahun 1834.

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.