Sekitar Lawatan Rasmi YB Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Arthur Joseph Kurup bersama wakil delegasi CIDB Malaysia, CIDB Holdings dan juga CIDB IBS. Lawatan yang bermula dari 19 Jun hingga 26 Jun 2022 ini antara lain, bertujuan:
1. Perolehan & Pemindahan Teknologi
✅ Untuk mengimbas, memperoleh dan memindahkan teknologi berkaitan Kaedah Pembinaan Moden (MMC), Pembuatan Pintar Pembinaan, Reka Bentuk untuk Pembuatan (DFM), Kembar Digital dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
2. Kesinambungan & Kemampanan
✅ Membawa kembali teknologi di atas untuk disesuaikan oleh Industri Pembinaan Malaysia. Lawatan ini merupakan titik permulaan bagi program pembangunan yang akan dimulakan dan digerakkan oleh CIDB yang akan memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi untuk meningkatkan produktiviti, kualiti dan mutu kerja untuk pemain tempatan kita (kontraktor, pengilang, pekerja kemahiran, perunding).
.
.
3. Kerjasama & Bantuan daripada MTC CDBB & CIH UK
✅ Untuk memulakan kerjasama dengan rakan kongsi berkaitan mengenai pemerolehan & pemindahan teknologi. Untuk memahami tentang inisiatif/program oleh Manufacturing Technology Centre (MTC), Centre for Digital Built Britain (CDBB) dan Construction Innovation Hub (CIH).
Diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan produktiviti, kualiti dan mutu kerja industri pembinaan untuk pemain tempatan kita seterusnya ekonomi sektor pembinaan negara.
#cidbibsofficial #lawatankerja #taklimat #industripembinaan #ibs #industrialisedbuildingsystem #buildingtechnology #cidb #KKR #arkitek #jurutera #perunding #mou #malaysia #uk #construction #building #technology #industryexperts #industryleaders #businesstrip