Satu lawatan kerja diterima oleh CIDB IBS daripada jentayu Sustainables Berhad. Lawatan ini bertujuan membincangkan ruang kerjasama antara kedua pihak bagi membantu pembangunan industri pembinaan khususnya dalam bidang IBS.
Dalam sesi lawatan ini juga pihak CIDB IBS telah menjalankan sesi taklimat mengenai perlaksanaan Sistem IBS dalam pembinaan perumahan mampu milik serta lawatan tapak rumah contoh yang sedang dijalankan berdekatan Galeri Komponen IBS.
Jentayu Sustainables Berhad (dahulunya dikenali sebagai IPMUDA Berhad) adalah pembekal bagi penyelesaian bangunan tersuai yang terlibat dalam sektor pertumbuhan utama iaitu tenaga boleh diperbaharui, penjagaan kesihatan dan perdagangan.