LAWATAN KERJA JOHOR LAND KE GALERI KOMPONEN IBS

Satu lawatan kerja diterima oleh CIDB IBS daripada Johor Land . Lawatan ini bertujuan membincangkan ruang kerjasama antara kedua pihak bagi membantu pembangunan industri pembinaan khususnya dalam bidang IBS.

Dalam sesi lawatan ini juga pihak CIDB IBS telah menjalankan sesi taklimat mengenai perlaksanaan Sistem IBS dalam pembinaan perumahan mampu milik serta lawatan ke Galeri Komponen IBS.

Johor Land Berhad ialah sebuah kumpulan pembangunan hartanah bersepadu yang dimiliki oleh Johor Corporation dan ditubuhkan pada tahun 1972. Johor Land mempunyai bank tanah utama seluas lebih 3,000 ekar di Johor, Malaysia. Aktiviti Johor Land adalah pembangunan hartanah, pembinaan dan pelaburan dan pengurusan hartanah.

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.