Lawatan Kerja YaPEIM (Official) melalui anak syarikatnya, Darul Sasaran (M) Sdn Bhd ke Galeri Komponen IBS

Satu lawatan kerja diterima oleh CIDB IBS daripada Darul Sasaran (M) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat YaPEIM (Official). Lawatan ini bertujuan membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan IBS dan ruang kerjasama antara kedua belah pihak.

Dalam sesi lawatan ini juga pihak CIDB IBS telah menjalankan sesi taklimat mengenai perlaksanaan Sistem IBS dalam pembinaan perumahan mampu milik serta lawatan ke Galeri Komponen IBS dan lawatan tapak rumah contoh.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952.

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.