LAWATAN KERJA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG KE GALERI KOMPONEN IBS

Satu lawatan kerja dan taklimat mengenai Industrialised building System (IBS) telah dijalankan oleh pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ke Galeri Komponen IBS.

Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar PERDA bersama pegawai projek, perunding arkitek, jurutera perunding dan juruukur bahan kepada projek yang bakal dilaksanakan oleh pihak PERDA.

Dalam sesi lawatan ini juga pihak CIDB IBS telah menjalankan sesi taklimat mengenai perlaksanaan Sistem IBS dalam pembinaan perumahan mampu milik serta lawatan tapak rumah contoh yang sedang dijalankan berdekatan Galeri Komponen IBS.

#cidbibsofficial #lawatankerja #taklimat #industripembinaan #ibs #industrialisedbuildingsystem #rumahmampumilik #rmm #cidb #perda #arkitek #jurutera #perunding

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.