WEBINAR ON CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARDS 2022

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) telah menganjurkan satu sesi webinar yang bertajuk Construction Industry Standards Siri 1: Mandatory CIS in Schedule 4 Act 520 CIDB. Sesi webinar ini telah berlangsung pada 7 April 2022 selama satu hari bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang melalui platform atas talian.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada penggiat industri pembinaan mengenai bahan binaan dan standard yang telah menjadi mandatori di bawah Perintah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan jadual Keempat) 2021.

Pengurus Bahagian Teknologi dan Penilaian, En Zaharuddin Mohamed Tambah menjadi wakil daripada CIDB IBS sebagai penceramah dalam sesi webinar ini dengan tajuk pembentangan, Industrialised Building System (IBS). What are the requirement in Construction Industry Standard (CIS) 24?

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.