LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOLEJ KOMUNITI JELEBU KE GALERI KOMPONEN IBS

Satu lawatan sambil belajar dan taklimat mengenai Industrialised building System (IBS) telah dijalankan oleh pihak Kolej Komuniti Jelebu ke Galeri Komponen IBS.


Lawatan ini disertai oleh pelajar-pelajar Program Sijil Teknologi Pembinaan (STP) yang bertujuan memberi pendedahan lebih terperinci tentang Industrialised building System (IBS) dan juga perlaksanaan Sistem IBS dalam pembinaan perumahan mampu milik serta lawatan tapak rumah contoh yang sedang dijalankan berdekatan Galeri Komponen IBS.


Seramai 33 orang pelajar dan 12 orang pensyarah telah menyertai program lawatan ini. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan dan informasi yang bermanfaat.


Bagi mereka yang berminat untuk mengadakan lawatan ke Galeri Komponen IBS ataupun untuk mengetahui informasi lebih lanjut mengenai IBS, sila hubungi kami:

– info@cidbibs.com.my
– +603-9224 2280 / 2920

This website uses cookies to ensure you get the best experience on our website.