Satu lawatan kerja daripada wakil delegasi Politeknik Melaka diterima oleh CIDB IBS. Lawatan ini bertujuan mengetahui perkembangan teknologi terkini bidang pembinaan yang terdapat di Galeri Komponen IBS di samping membincangkan ruang kerjasama antara kedua pihak bagi membantu pembangunan industri pembinaan khususnya dalam bidang IBS.
Dalam sesi lawatan ini juga pihak CIDB IBS telah menjalankan sesi taklimat mengenai perlaksanaan Sistem IBS dalam pembinaan perumahan mampu milik serta lawatan tapak rumah contoh yang sedang dijalankan berdekatan Galeri Komponen IBS.
Politeknik Melaka (PMK) dahulunya dikenali sebagai Politeknik Kota, Melaka (PKM). Kini dibawah naungan Kementerian Pendidikan Tinggi, PMK telah mula menawarkan Program di peringkat DIPLOMA. Antara 5 pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan adalah Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektronik(kawalan), Diploma Perniagaan Antarabangsa , Diploma Akauntansi.